Monday, September 7, 2009

Kisah Pemandu Yang Jujur

Al-kisah pada satu masa dahulu jauh terperuk dalam hutan pencakar langit, tinggallah seorang manusia biasa yang tak punya apa - apa kelebihan pun.. Kerjanya sehari - harian hanyalah menjadi kuli bagi menampung kos sara diri yang makin meninggi... Hari berlalu, masa berkurang... Malam berganti pagi dan siang hampir menampakkan wajahnya.. Selamat ia hidup merasai kenikmatan Ramadhan sekali lagi....

"Man, tolong hantar aku ke pelabuhan sebelah Madrasah Kebangsaan Malaya tu boleh tak? Dalam pukul 7.00 macam tu.."

"Boleh je.. No hal lah.. Nak guna kuda ke?"

"Ish, ko ni.. biar bebetul.. Aku dah berat macam ni ko nak hantar guna kuda je?"

"Habis tu?"

"Emmm... Gunalah kereta lembu si Am tu kan ade... Gne yang tu lah.."

Nak dibuat cerpen (cerita-pendek), berangkatlah dua pahlawan muda berdarah merah ke pelabuhan yang dimaksudkan sebentar tadi...

"Ok man, terima kasih ek... Jumpa lagi 3 hari dari hari ini... Kau mesti sambut aku di sini kerna aku berpetualang tidak lama..."
Berpetualang sudah serata negeri
Timbul rindu berkumpul di hati
Kampung halaman yang jauh ditinggal pergi
Menjadi destinasi petualangan kali ini....

Ingin mengkhabar berita gembira
Agar Yang Tua tidak gundah gulana
Namun merpati tiada dibawa
Tertinggal sudah di dalam kereta....

"Alamak, tertinggal... Man! Man! Tunggu Man! Aku bukan melambai tapi aku tengah panggil kau balik ke sini! Aduyai... Dia tak dengar lah pula..."
Otak berfikir mencari jalan
Agar merpati tiada tersimpan
Akal yang tiba tidak bersempadan
Malu perlu kena pada keadaan....

"Tuan Hamba, izinkan saya untuk menggunakan merpati tuan hamba, bolehkah begitu?"

Nasib yang malang tiada bertempat
Merpati dihantar jawapan tak dapat
Perlu akal yang lebih tepat
Agar tiada susah yang dapat...

Akhirnya berputus untuk pulang ke halaman
Kereta lembu sewalah yang menjadi pilihan
Bila bertanya tentang bayaran
Tidak disahut sang pemandu, ada alasan...

Perjalanan pulang diterang semua
Kenapa berdiam ketika ditanya
Bukan malu bukan bisu bahasa
Rupanya dia jujur orangnya...

"Hamba ni bukanlah tak nak beritahu bayarannya tadi... Cuma tak pasti sahaja. Hamba guna takat jarak, berapa adik jalan, banyak itulah bayaran... Sebab kadang - kadang diorang pakai letak je harganya... Mahal dik..."

"Begitu rupanya.. Jadi berapa semuanya?"

"Cuma 13 keping perak je dik..."

"Nah 1 emas.."

"Alamak dik, takde duit pecahla..."

"Tak cukuplah bang, ada 12 keping je nih..."
"Alah dik, sekeping je tu, tak perlu berkiralah... Ni pun dah ok, alhamdulillah..."

"Subhanallah, terima kasih bang.."


Hasrat di hati memang tak mahu rugi
Tapi hanya itu yang pelanggan beri
Tidak takut tentang rezeki
Kerna Allah yang akan mengurusi....

0 comments: