Monday, September 7, 2009

Kisah Pemandu Yang Jujur

Al-kisah pada satu masa dahulu jauh terperuk dalam hutan pencakar langit, tinggallah seorang manusia biasa yang tak punya apa - apa kelebihan pun.. Kerjanya sehari - harian hanyalah menjadi kuli bagi menampung kos sara diri yang makin meninggi... Hari berlalu, masa berkurang... Malam berganti pagi dan siang hampir menampakkan wajahnya.. Selamat ia hidup merasai kenikmatan Ramadhan sekali lagi....

"Man, tolong hantar aku ke pelabuhan sebelah Madrasah Kebangsaan Malaya tu boleh tak? Dalam pukul 7.00 macam tu.."

"Boleh je.. No hal lah.. Nak guna kuda ke?"

"Ish, ko ni.. biar bebetul.. Aku dah berat macam ni ko nak hantar guna kuda je?"

"Habis tu?"

"Emmm... Gunalah kereta lembu si Am tu kan ade... Gne yang tu lah.."

Nak dibuat cerpen (cerita-pendek), berangkatlah dua pahlawan muda berdarah merah ke pelabuhan yang dimaksudkan sebentar tadi...

"Ok man, terima kasih ek... Jumpa lagi 3 hari dari hari ini... Kau mesti sambut aku di sini kerna aku berpetualang tidak lama..."
Berpetualang sudah serata negeri
Timbul rindu berkumpul di hati
Kampung halaman yang jauh ditinggal pergi
Menjadi destinasi petualangan kali ini....

Ingin mengkhabar berita gembira
Agar Yang Tua tidak gundah gulana
Namun merpati tiada dibawa
Tertinggal sudah di dalam kereta....

"Alamak, tertinggal... Man! Man! Tunggu Man! Aku bukan melambai tapi aku tengah panggil kau balik ke sini! Aduyai... Dia tak dengar lah pula..."
Otak berfikir mencari jalan
Agar merpati tiada tersimpan
Akal yang tiba tidak bersempadan
Malu perlu kena pada keadaan....

"Tuan Hamba, izinkan saya untuk menggunakan merpati tuan hamba, bolehkah begitu?"

Nasib yang malang tiada bertempat
Merpati dihantar jawapan tak dapat
Perlu akal yang lebih tepat
Agar tiada susah yang dapat...

Akhirnya berputus untuk pulang ke halaman
Kereta lembu sewalah yang menjadi pilihan
Bila bertanya tentang bayaran
Tidak disahut sang pemandu, ada alasan...

Perjalanan pulang diterang semua
Kenapa berdiam ketika ditanya
Bukan malu bukan bisu bahasa
Rupanya dia jujur orangnya...

"Hamba ni bukanlah tak nak beritahu bayarannya tadi... Cuma tak pasti sahaja. Hamba guna takat jarak, berapa adik jalan, banyak itulah bayaran... Sebab kadang - kadang diorang pakai letak je harganya... Mahal dik..."

"Begitu rupanya.. Jadi berapa semuanya?"

"Cuma 13 keping perak je dik..."

"Nah 1 emas.."

"Alamak dik, takde duit pecahla..."

"Tak cukuplah bang, ada 12 keping je nih..."
"Alah dik, sekeping je tu, tak perlu berkiralah... Ni pun dah ok, alhamdulillah..."

"Subhanallah, terima kasih bang.."


Hasrat di hati memang tak mahu rugi
Tapi hanya itu yang pelanggan beri
Tidak takut tentang rezeki
Kerna Allah yang akan mengurusi....

Sunday, September 6, 2009

Jatuh, Bangun dan Jalan....

Nak kongsi something dengan sape2 yang nak membaca... Tapi sebelum tu nak minta tolong sume untuk bayangkan sesuatu... Boleh?

Ok, cuba bayangkan kita semua sedang berjalan - jalan di pasar malam... Ada yang nak beli Murtabak.. Dan ada yang nak beli nasi ayam... Masing - masing ikut jalan yang sama tapi tujuan berbeza... Yang membezakan kita hanyalah kuantiti kekenyangan yang bakal kita peroleh...


Al-kisah tiba2 je, takde angin takde ribut, sorang kawan kte tersepak batu dan terjatuh.... Malang tak pernah ada bau tersendiri... Kite tengok macam tak sakit je... Tapi kawan kite neh dah menangis dah... (Adeh, besar - besar panjang pun nak menangis lagi.. Anda agak - agak apakah reaksi anda ketika itu???

Haaa... Mesti korang pelik, tak pun korang gelakkan dia.. Yela, dah besar - besar pun nak menangis.. Dah tu, bukannya parah pun jatuhnya tu...

Hmm... Apa pula perasaannya kalau korang yang jadi macam tu? fikir - fikirkanlah ek...


" Muka memang ceria.. Tapi hati siapa yang tau.."


Faham tak maksud ayat tu?

Yupp... Ramai orang kate diorang faham...

Tukar soalan jap, "Pernah tak korang rase situasi yang macam tu??"


Case 1 : (Gelak sama - sama) =D

Jatuh = Gagal...

Gagal = Orang gelakkan

Orang gelakkan = (nak jaga hati punya pasal) Kita gelak....


Case 2 : (Pakar Motivasi) =L

Jatuh = Gagal

Gagal = Dapat Ceramah...

"Tu la, sape suruh ko tak study.."
"Yang ko jalan tak pandang depan tu kenapa?"
"Dulu - dulu tak nak menyesal, sekarang? Apa nak jadi ko ni..."

Macam - macam lagilah hamburan - hamburan yang menghujani kita...

Habis penuh air liur kat muka kita...


2 perkara kat atas ni yang biasa orang - orang yang jatuh ni dapat...

Tapi jarang sekali yang dapat macam kat bawah ni :


Case 3 : (Special Case) =)

Orang 1 : Aku dengar ko....

Si Gagal : Huhuhu... Aduh, malang tak berbau... Ko mesti dah dengar yang aku kene buang kan.. Result aku tak kuat...

Orang 1 : Mak Bapak ko macam mane?

Si Gagal : Mula - mula kecewa gak, tapi dah jadi kan.... Hmmm....

Orang 1 : So, apa planning ko nanti?

Si Gagal : Aku ingat nak kerja dulu kut... Tawar hati nak belajar balik... Yang lain - lain tak fikir lagi...

Orang 1 : Banyak2 sabar la ek... Sorry sebab tanya ko macam2...

Si Gagal : Takpe... Thanks sebab ambil berat...

Dan perbualan pun berterusan seperti biasa tanpa sebarang aksi polis menyoal siasat penjenayah...



Aku adalah si Gagal... Aku merasai sume yang aku cerita tu...

Bila mereka melawak, aku turut gelak...

Bila mereka marah aku mengakui kesalahanku...

Bila mereka memberi kata2 semangat, aku mendengar dengan tekun...

Tapi tiada yang tampil untuk sekadar bersembang denganku....


Aku pernah berada di puncak selama 2 tahun terakhir di alam persekolahan...

Perghhh.. Memang lah best... Yang paling happy mestilah mak bapak...
ermukaan
Kalau boleh nak kita lanjutkan pelajaran sampai ke Bulan....

Tapi aku.... Aku tak harap pun nak duduk kat puncak.. Sejuk...

Aku lebih suka duduk di lereng - lereng bukit.. dekat dengan permukaan Bumi...


Bukan tak yakin dengan diri sendiri atau suka berfikir negatif...

Aku cuma takut menghadapi risiko je...

Ngeri.... Saat kau jatuh, rasa macam dah nyawa - nyawa ikan...

Aku akui, memang punca kegagalan aku adalah pada diriku...

Aku tak salahkan mereka pun... Mereka berjaya maka mereka berhak ke atasku...

Cuma aku kasihankan mereka yang turut mengalami seperti aku...

Mereka2 yang turut jatuh tapi tidak punya kekuatan motivasi diri...


Takut2 selepas jatuh, tidak akan pernah bangun semula... Hmm....

Dah jauh aku merapu.. Harap adalah mesej2 yang aku cuba sampaikan difahami semua...

Bukan minta simpati.. Aku cuma minta ditimbangi...

Kesan perbuatan ke atas mereka yang gagal... Bantulah mereka, jangan memencilkan mereka...

Benar, memang salah mereka, salah kami...

Tapi apakah kami tiada peluang untuk menebus kesalahan kami???

-Jatuh, Bangun dan Jalan... Kemudian kita berlari bersama-

Saturday, September 5, 2009

Dunia 2 Warna....

Ada yang suka hitam dan ada yang suka putih...

Ada yang suka merah dan ada yang suka hijau...

Kadang - kadang ada yang pilih warna pelangi...

Dan kadang - kadang warna - warni pun ok gak....

Tak kisahlah warna apa pun, sebab warna tu tak menjelaskan hati mereka yang sebenar pun~

Kan? Kan? Kan? ( ^ . ^ )



Ok, blog ku yang penuh warna - warni ni akan aku conteng ia dengan warna - warna yang mewarnai hidupku setakat ni!!!




Warnaku adalah Warni~